seismik

Sebelum Beri Komen, Lebih Baik Fahami 10 Perkara Tentang Sijil Halal Ini Terlebih Dulu

Fahamkan.

Cover image via SAYS

Sejak kebelakangan ini, perkataan 'dog' seringkali kita dengari. Segalanya disebabkan isu halal yang tercetus oleh pengeluar pretzel terbesar Malaysia iaitu Auntie Anne's.

Auntie Anne's telah 20 tahun beroperasi di Malaysia namun sehingga hari ini masih lagi belum memperoleh sijil Halal daripada JAKIM.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab mengapa Auntie Anne's masih belum menerima sijil Halal tetapi antara sebab yang menjadi bualan orang ramai adalah penggunaan nama 'Pretzel Dog' dalam menu mereka.

Jadi sejauh manakah fahaman anda mengenai sijil Halal JAKIM? Ini 10 perkara yang perlu anda tahu:

1. Hanya JAKIM dan MAIN yang boleh mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia

Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jelas memperuntukkan hanya Jakim dan MAIN sebagai pihak berkuasa atau autoriti mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau untuk memperaku bahawa mana-mana makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan ataupun barang-barang itu adalah halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

2. Pensijilan Halal Malaysia bersifat sukarela, bukan wajib atau paksaan.

Tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim atau mana-mana jabatan agama Islam negeri (JAIN) atau MAIN. Ini juga bermakna Jakim mahupun MAIN tidak sewenang-wenangnya mengharamkan atau membuat pengisytiharan tidak hahal kepada mana-mana syarikat atau produk.

3. Pemegang sijil halal terikat dengan beberapa standard halal dan manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia

Walaupun tidak wajib, mana-mana syarikat yang memilih untuk mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia, maka mereka hendaklah memohon melalui prosedur yang ditetapkan sekaligus dengan sendirinya terikat dengan segala peraturan dan garis panduan yang ditetapkan berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Analogi mudahnya ialah apabila hendak memasuki rumah orang, maka bukan sahaja perlu minta izin tetapi dengan sendirinya kena patuh dan terikat dengan peraturan tuan rumah tersebut.

Image via www.tv14.my

4. Pensijilan Halal Malaysia bersifat komprehensif

Piawaian pensijilan Halal Malaysia bukan sahaja mengambil kira aspek halal dari perspektif hukum syarak tetapi mesti 'tayyib'. Aspek halal jelas, manakala tayyib mempunyai makna yang luas termasuk aspek kebersihan, baik dari penyediaan, bahan juga nama. Dengan kata lain pematuhan halal dan tayyib mengambil kira semua faktor dan meliputi seluruh aspek rantaian pengeluaran (supply chain) sesuatu produk.

Image via SlideShare

5. Nama produk atau makanan yang baik juga adalah termasuk dalam kategori "tayyib"

JAKIM dan MAIN turut memberi penekanan terhadap pemilihan nama produk atau makanan yang baik-baik dalam standard halal berkaitan dan Manual Prosedur Pensijilan Halal yang dipersetujui oleh semua MAIN dan Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia.

Ini bertujuan bagi menjaga kemaslahatan agama yang boleh menimbulkan kekeliruan dan membawa konotasi menjijikkan di kalangan masyarakat Islam.

Ini mengambil kira rungutan ramai pihak termasuk persatuan-persatuan pengguna kerana terdapat banyak produk makanan yang telah mengelirukan umat Islam seperti Non Alcoholic Beer, No pork dan lain-lain.

Atas prinsip fikah sadd dzarai, iaitu menutup segala pintu-pintu ke arah kemudaratan, maka penambahbaikan garis panduan halal dilakukan dari semasa ke semasa oleh Jakim dan MAIN untuk menambah baik garis panduan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang merangkumi aspek halal dan tayyiba.

Image via Auntie Anne's

6. Sijil Halal Malaysia dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa

Dunia hakikatnya menyanjung tinggi sijil halal Malaysia sehinggakan negara-negara maju yang terkenal dengan dasar amat ketat dalam hal pengimportan barang-barang makanan ke negara mereka seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom, New Zealand, Australia dan banyak negara maju yang lain mengiktirafnya.

7. 56 Badan Pensijilan halal dari 33 buah negara ikut piawai halal JAKIM

Bagi negara-negara yang telah mendapat pengiktirafan halal JAKIM, mereka dikehendaki mengikut sepenuhnya piawai, garis panduan dan peraturan halal yang telah ditetapkan JAKIM.

Image via TruthHalal.my

8. Pensijilan halal JAKIM tidak rigid atau konservatif

JAKIM sentiasa bersedia melakukan perubahan, penambahbaikan dan mengambil kira aspek kelaziman masyarakat asalkan tidak menimbulkan fitnah atau kekeliruan.

Contohnya jenama hot dog bagi sosej yang telah diguna pakai sekian lama, mahupun kuih-muih tradisi yang terkenal seperti tahi itik, badak berendam dan lain-lain tidak sewenangnya diharamkan.

JAKIM juga terbuka untuk berbicang dengan pengusaha yang memohon secara sukarela Sijil Halal Malaysia untuk melakukan pengubahsuaian terhadap nama-nama yang boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam.

9. Audit secara berterusan

Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak hanya terhenti di peringkat penyerahan dan pengeluaran sijil halal tetapi meliputi aspek pengauditan berterusan.

Audit pemantauan terhadap syarikat yang memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia akan dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Gambar sekadar hiasan.

Image via e-muamalat.gov.my

10. Sijil halal boleh ditarik pada bila-bila masa

JAKIM mahupun MAIN tidak bertanggungjawab menentukan mana-mana syarikat ataupun makanan sebagai haram atau tidak halal kecuali bagi syarikat-syarikat yang telah memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia .

JAKIM bertanggungjawab sepenuhnya kepada syarikat-syarikat yang telah mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Jika didapati mereka melanggar mana-mana peraturan termasuk tidak lagi halal dan tayyib, maka sijil mereka boleh digantung dan seterusnya ditarik pada bila-bila masa.
Cancel

Keratan akhbar Kosmo! Rabu, 27 Mei 2015.

Image via cikguazharrodzi.com

Tonton video beliau di bawah di bawah:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bila bercakap mengenai soal Halal dan Haram ni, sebenarnya banyak benda kita perlu tahu. Baca SINI:

Lepas ni tak payah pening kepala lagi dah dengan adanya aplikasi ini:

You may be interested in: