seismik

Siap Bawa Balik Motosikal, UiTM Raikan Graduan Ini Terima Skrol Ke 1 Juta Majlis Konvo

Dah lah grad, dapat hadiah lagi!

Cover image via @uitm_channel (TikTok) & Kosmo

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) dengan Penganugerahan Satu Juta Skrol di Istiadat Konvokesyen ke-97

Graduan yang bernama Nur Liyana Athirah Izani itu adalah graduan daripada Fakulti Sains Gunaan.

Malah, dia juga tidak menyangka akan menerima dan menjadi graduan yang bertuah pada hari graduasi berkenaan.

Lihat video itu di bawah:

Tak sangka jadi graduan yang ke 1 juta

Menerusi video tersebut, dapat dilihat graduan berkenaan menerima sambutan selepas dia diumumkan menjadi penerima skrol yang ke satu juta.

Bukan saja menjadi penerima skrol ke satu juta, malah dia juga siap menerima sebuah motosikal daripada universiti berkenaan.

Menurutnya yang merupakan pelajar kampus UiTM Arau Perlis, penerimaan segulung diploma itu adalah sangat istimewa setelah tiga tahun menuntut ilmu seperti graduan yang lain.

“Saya tidak tahu langsung akan diumumkan sebagai penerima skrol ke sejuta pada majlis hari ini. Saya cuma rasa gugup sejak mula datang ke sini"

“Memang ada pengacara bagi tahu tentang penerima sejuta sepanjang istiadat konvokesyen tetapi tidak sangka saya yang akan dapat,” katanya kepada sumber.

"Tuhan bagi dia sebagai 1 juta skrol walaupun tak selempang pink" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.4M views, 114.2K likes dan 2,352 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bestnya! Dapat bawa pulang motosikal sekali :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: