seismik

UiTM Raih Tempat Pertama Di Malaysia & Ke-10 Terbaik Asia Untuk Program Perhubungan Awam

Tahniah diucapkan!

Cover image via UiTM & Buletin TV3

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Program Perhubungan Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah dinamakan sebagai program terbaik di Malaysia dan berada di tangga ke-10 di Asia oleh EduRank

Untuk pengetahuan anda, program Perhubungan Awam merupakan salah satu program yang ditawarkan oleh Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM.

Ia turut menduduki tempat ke-3 terbaik di Asia Tenggara dalam kategori Komunikasi dan Perhubungan Awam, setelah Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang. Secara keseluruhan, program ini menduduki tempat ke-274 secara global.

Image via UiTM

Berikut merupakan ranking 10 teratas di Asia mengikut kategori Program Perhubungan Awam:

  1. National University of Singapore, Singapore
  2. Hong Kong Polytechnic University, Hong Kong
  3. Education University of Hong Kong, Hong Kong
  4. Chinese University of Hong Kong, Hong Kong
  5. Nanyang Technological University, Singapore
  6. City University of Hong Kong, Hong Kong
  7. University of Haifa, Israel
  8. Hebrew University of Jerusalem, Israel
  9. Tel Aviv University, Israel
  10. Universiti Teknologi Mara, Malaysia

Program Perhubungan Awam UiTM berada di tangga pertama di Malaysia, selepas Universiti Malaya (UM)

Berikut adalah senarai 10 teratas Program Perhubungan Awam yang ditawarkan di Malaysia menurut penarafan EduRank:

  1. Universiti Teknologi Mara (Tangga ke-274 secara global)
  2. Universiti Malaya (Tangga ke-327 secara global)
  3. Universiti Sains Malaysia (Tangga ke-353 secara global)
  4. Universiti Utara Malaysia (Tangga ke 370 secara global)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (Tangga ke-382 secara global)
  6. Taylor’s University (Tangga ke-424 secara global)
  7. Universiti Putra Malaysia (Tangga ke-452 secara global)
  8. Universiti Kebangsaan Malaysia (Tangga ke-469 secara global)
  9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Tangga ke-496 secara global)
  10. Universiti Malaysia Sarawak (Tangga ke-1045 secara global)

Tahniah diucapkan kepada UiTM!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: